7 bulan dah berlalu sayang tinggalkan ibu. Ibu redha dengan ketentuan Allah. Nak kata umpama mimpi dalam mimpi mmg tak boleh sbb ia mmg realiti. Hai adik, ramadhan kali ini sangat sunyi sebenarnya tanpa kamu. Kat office, fani selalu tanya; K sal buka apa semalam? Buka apa, makanlah apa yang ada sekadar mengisi perut.. Meriahnya ramadhan kerana semua mengejar ganjaran Allah yg sgt istimewa pd bulan ini dan meriahnya juga bila anak2 sibuk menhitung dan mengorder makanan untuk berbuka.. hem, apa juadah kegemaran adik? Ibu ingat, adik suka sungguh dgn kuaytiew goreng baram (bazar ramadhan) jln kuching, adik suka bubur lambuk, adik suka air lai cee kang, adik suka ayam masak kicap ibu, adik suka roti jala ibu, adik suka mee goreng basah ibu... mana boleh ibu lupa kan sayang.. Sbb tu ibu belum mampu lagi jamah juadah2 tu, takut kabur mata masa nak makan..
|
Last adik shopping raya kat sogo.. 2009 (sblm sakit) |
Takpelah adik, biarpun ramadhan kali ini sayu rasanya, ibu tau adik gembira disana. Ibu ayah, alhamdulillah kami baik2 saja disini. Kita doa semoga kita dapat bersatu di sana nanti. Banyak yang perlu diperbaiki dik. Ibu pun tak tau kenapa ibu nak mengupdate blog ibu yag suam-suam kuku semut ni dik.. Nanti, ibu jengok2 balik blog adik tu yer.. Banyak benda ibu nak share dgn adik, cam dulu2. Hah, mulalah ibu nak melalut.
Ramadhan, semoga keberkatanmu menguatkan lagi hatiku untuk meneruskan hidup yang mendatang..
No comments:
Post a Comment