Sunday, August 12, 2012

La Tahzan.. Allah ada bersama kitakan..

Assalamualaikum adik sayang..

Terlalu lama ibu tak update blog yg kita buat sesama ni.. Tuntutan kerja, kekangan masa dan minat yag dah tiada penyebab semua tu.. Alah, alasan je kan.. :)

Adik sayang, makin masa berlalu, makin detik bergerak, makin banyak yang berlaku. Dlm hidup ibu, banyak kali sebenarnya ibu melalui saat kehilangan namun pastinya yang sangat terkesan dan meninggalkan sendu yang amat sangat pastinya detik kehilangan adik, anak yang sangat ibu sayangi.. :(

Adik,
Allah itu MAHA pengasih, MAHA penyayang dan MAHA adil pada hambaNya kan sayang.. Adik pastinya tau kan.. embah kesayang adik, ayah kesayangan ibu, suami kesayangan nyai telah kembali kerahmatullah pada 31 Mei 2012 yang lepas.. Terkesima ibu adik.. sedih, sebak, sayu, kehilangan tapi pengalaman ibu kehilangan adik amat membantu ibu kali ini. Ibu kena kuat sayang, kena kuat untuk nyai yang sangat terkejut dengan pemergian embah.. Bukan apa, sebab sakitnya embah kali ini sangat sekejap..

Adik sayang,
Ramadhan kali ini, kesayuan ibu berganda.. rayuan ibu padaNya makin panjang, bacaan ibu bersilih ganti.. hadiah ibu juga perlu sama ibu kedua insan yang sangat ibu sayangi.. Adik tau, hilang adik, ibu bagai hilang punca, bagaikan siibu kucing yang kehilangan anaknya.. mengiau sepanjang masa, menangis rindukan anaknya dan sangka ibu, ibu akan kuat bila berhadapan dengan kehilangan ayahanda.. Sangkaan ibu silap adik.. Ibu menjadi anak yang hilang tempat bergantung, tempat mengadu dan tempat menumpahkan airmata..
Namun syukur, Allah bagi peluang ibu menguruskan ayahanda.. saat sakitnya sempat ibu berbicara dengan ayahanda ibu betapa sayangnya ibu pada ida, betapa bangganya ibu memiliki ayah sepertinya dan betapa ingin memeluknya sepanjang masa.. Saat itu adik, embah masih boleh berkata2 dan ibu juga berpeluang menyuap dan membersihkannya..

Ya Allah adik, benarlah .. Allah akan memberi ganjaran setimpal dengan perbuatan. Detik kematian adik dan  embah sangat dipermudahkan. Terlalu banyak kejadian yang menginsafkan dan memberi pengajaran. Adik anak yang baik, yang bersih dari dosa2 dan detik kematian adik sangat tenang dan tak lekang nama Allah dibibirmu sayang.. Embah jua begitu adik, mantan imam, ayah yang tegas hal2 agama dan sangat bertanggungjawab. Disaat akhirnya, embah membuka mata dari pengsannya dan mendepangkan tangannya utk memeluk anak2nya. Ya Allah sayang, embah sempat meninggalkan pesan agar semua warisnya jangan berpecah, jgn membelakangkan agama.. Cuma sayangnya adik, ibu tiada disisi embah saat itu. Pak ikin yang selama ini kita khuatiri tak sempat menjaga embah andai sakit, rupanya Allah pilih dia untuk melalui detik akhir embah disampingnya.. MAHA adilmu Ya Allah.. syukur dan terima kasih atas kesempatan yang diberi.. Embah pergi jua adik.. seakan terhenti nafas ibu saat itu namun Allah beri kekuatan untuk ibu memaklumkan kepada semua terutama kepada mak kesayangan ibu.. Luluh hati mendengar tangisan mak..
Terima kasih adik, sebab adik yg beri sejuta kekuatan ni pada ibu.. Allamdulillah, semuanya dipermudahkan Allah, dan tanggungjawab utk menjaga nyai kami pikul sama2 adik. Adik pernah pesan dengan ibu kan, sebelum adik tinggalkan ibu dan ayah.. "Ibu, adik sangat sayangkan nyai dan embah.. dan ibu kena jaga semua orang yang adik sayang tau".... Jgn risau adik, mereka juga kewayangan ibu, dan pastinya ibu akan menjaga mereka sebaiknya.

Adik,
Ramadhan kali ini ibu perlukan sejuta kekuatan lagi. Hampir kepenghujungnya dan kekuatan yg ibu bina masih belum seampuh yang sepatutnya. Ibu rindukan kamu sayang, ibu juga rindukan ayah kesayangan ibu tapi ibu kena kuat untuk mak ibu, nyai.. Sedih melihatnya makin kurus, ibu pujuknya tinggal dgn ibu, bertahan seminggu saje sayang, nyai sgt rindukan rumah pusaka tinggallan ayahanda.. Adik tau, bila ibu balik kg sekarang, ibu akan duduk dibilik embah, mengambil bau atarnya dan menangis semahunya melepaskan kerinduan dlm diam.. kemudian baru ibu berlagak seperti biasa.. Banyak ibu nak coretkan utk adik.. tapi makin kabur rasa pandangan mata..

Sayang ibu, minggu sudah ibu balik kg lagi.. Ibu kemaskan rumah nyai, dan bila ibu sampai disudut kegemaran embah, ruang solatnya.. ibu kalah sayang, terbayang embah mengaji disitu, terbayang tubuh tuanya berdiri ditingkap kegemarannya tu melambai tangan saat kita bergerak kembali ke kl dan bagai terdengar2 suaranya ditelinga ibu. Tulah nikmatnya rasa rindu kan sayang.. ia menginsafkan, ia mengingatkan dan ia juga amat memberi pengajaran..

Syawal bakal menjelang sayang, pastinya syawal akan ibu raikan dengan sejuta rasa kerinduan.. Ibu akan ziarah taman raudhah adik dulu, kita curahkan rasa2 rindu dan petangnya mungkin baru ibu bergerak ke kg. Ziarah taman raudhah embah pula, dan pastinya mencurahkan rasa rindu yang juga membusung didada..
Semoga ibu, nyai dan semua tabah dan sabar menempunya sayang.. Salam ramadhan kareem.. dan ibu selalu pujuk hati... LA TAHZAN CT, ALLAH ADA BERSAMA CT..

Sayang adik, sayang manja, sayannnnng sangat..

Sunday, February 12, 2012

TEGURAN ITU NASIHAT

Melayari blog fluffymiz.blogspot.com , mohon maaf, sebab terpikat dengan nasihat ini, jadi saya copy paste. Harap dihalalkan..

 TEGURAN ITU NASIHAT 

 Buat yang menegur, tidak salah menutur bicara, 
untuk membetulkan apa yang tak kena,
 tapi jangan pernah kau lupa,
 yang ditegur itu juga manusia, 
punya perasaan punya rasa,
 berhemahlah dan lembutlah dalam menyusun kata, 
agar apa yang dikata mudah diterima, 
juga supaya tiada yang terasa,
 lalu menjeruk rasa bermasam muka, 
mungkin juga hingga menitis airmata,
 kerana pedih dan bisanya kata-kata yang menusuk jiwa.
 Buat yang ditegur, memang tak mudah nak berlapang dada, 
bila ada yang memberi teguran secara tiba-tiba,
 terasa sesak di jiwa, terasa ego menyala-nyala, 
terasa goyah dari zon selesa, terasa bergoyang iman di dada, 
tapi jangan pernah kau lupa, yang kau juga manusia biasa, 
yang tak mungkin bebas dari berbuat dosa, 
jadi harusnya kau gembira,
 bila ada yang berani menegur kau didunia, 
kerna peluang seperti itu tiada di akhirat sana, 
jadi bukalah minda seluas-luasnya,
 ukirlah senyuman dimuka, 
bila ade secicip teguran yang menerpa, 
kerna itu juga menjadi tanda, 
diri kau masih ada yang cinta, 
dan jalan untuk kau sudah dibuka, 
untuk menyusur jalan yang lurus kepada-Nya. Biiznillah.Allahu a’lam.


 [dakwat.org] 

 "serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik . . . . . . . " [an-nahl:125]

Friday, February 10, 2012

Allah itu MAHA Adil Sahabat..

Assalamualaikum..


Hari ni, dah 6 hari bertugas di tempat baharu, boss baharu, kenalan baharu, surrounding baharu dan KERJA pastinya sgt baharu.. Teruja dan teruji.. Diberikan aku kolam renang sedalam 10 kaki.. kuaklah bagaimana pun caranya, lentanglah selebar yg boleh.. yg pasti, cukup 90 hari.. hasilnya kena marvellous..cuma, jangan lemas pula hihi. Tercabar? Ia memang mencabar namun mesti disahut dan dibuktikan yg akak pun boleh..


My Comel Sayang..
Adik.. tak lengkap rasanya andai nukilan ibu tidak melibatkan adik.. Pasti adik suka tempat ibu sekarang sbb byk tempat shopping.. Kitakan suka shopping.. hihi. Sayu adik, hari pertama melangkah dgn tanggungjwb baharu, ibu membawa semangat adik, ibu melangkah dengan membawa senyuman dan doa adik dihati ibu. Ibu ingin berkongsi rasa ini dangan adik dan ibu harap adik mendengarnya sayang. Maafkan ibu adik, ibu masih belum sempat menyusun wajahmu di bilik ibu.. Ibu bawa, namun tiada ruang yg sesuai untuk adik.. Ibu simpan gambar adik dalam laci ibu, dalam pc ibu dan yg plg dekat, dimata dan hati ibu.. cukupkan sayang.. Kisah adik tidak ibu khabarkan pada sesiapa namun bila ada yg bertanya, ibu jawab juga.. adatla adik, org pasti tanya berapa anak kita ada bila tau kita dh kahwin kan.. jadi..


Si A : Puan anak berapa orang?
Ibu : Anak sorang
Si A : Ooo, berapa tahun dah?
Ibu : 11 tahun patutnya.. [Sambil tersenyum manis :)]
Si A : Sekolah mane? Balik sekolah dia duduk dgn saper?
Ibu : Dah tak sekolah dah dan saya rasa sgt ok sbb anak saya Allah yg jage [ senyum juge]
Si A : Aaaa? Kenape puan? Tak pahamlah..
Ibu : Ohhh, anak saya sepatutnya 11 tahun thn ni tapi Allah sayangkan dia.. Dia dh meninggal dunia tahun lepas.. [alhamdulillah, ibu masih senyum]
Si A : ..... puan.. saya mintak maaf...
Ibu : Takpe, org tanye, saya jawab sbb menipu kalau saya kate anak saya ade, sekolah kat maner..duduk dgn saper kan.. hihi, jd saya bgtau jelah yg sebenarnya.. 
Si A : Saya tengok puan happy je.. gembira tapi saya tak sangka...... kuatnya puan..~~~


Adik.. bukan ibu yang kuat tapi Allah tu yg MAHA adil kan.. Adik tau betapa rapuhnya ibu kan.. Tapi, berkat doa kita semua, Alhamdulillah.. ibu dapat lalui hari tanpa adik sesabar yg boleh.. Azimat adik, pesanan adik penguat ibu.. Ada kala ibu tewas, ibu luahkan sbb kalau ibu pendam, mudarat pada ibu. Ibu kena kuat untuk ayah, dan sebenarnya ayah penguat ibu.. Rasa kasih sayang selautan pada adik tertumpah pada ayah.. biar ibu tahu hatinya juga parah merindui adik, tapi ditahankan untuk ibu.. Ah, adik.. kekuatan dan ketabahan adik amat meninggalkan kesan pada kami sayang..


Hihi, bangun tidur..
Jadi sahabat, bukan saya yang kuat, tapi Allah tu MAHA adil.. Diambil disini, diberi disana.. dikurang disini ditambah di sana.. Siapa tidak rindukan anaknya, siapa tak perlukan pelukan mesra anaknya, tapi Allah datangkan rasa syukur dalam hati ibu.. syukur sebab ibu sempat menjagamu sayang, disampingmu saat nafas adik terhenti, sempat memandikanmu, mengapankanmu, menyembahyangkanmu,  hingga menghantar kamu ke liang lahat dan melihat wajah kamu untuk terakhir kalinya sebelum ditutup tanah yang sememangnya asalnya kejadian kita.. Tipu andai ibu tak berhati walang, tipu andai ibu tak terbayang2, tipu jika ibu tak terasa hilang.. Dalam rawan, Allah datangkan aman, dalam gundah Allah berikan sabar, dalam sedih Allah hadirkan insaf.. Nikmat Allah mana lagi yang dapat ibu nafikan adik? 


Jadi sahabat, jangan rasa bersalah andai kalian rasa tersilap tanya, sebab saya tidak apa-apa sebab saya tahu, Allah ada untuk semua cuma kita yang selalu lupakanNya sedangkan Dia tidak pernah lupa kita, hambaNya walau sedetik cuma.. Mudah2an kita dapat berkumpul di'sana' nanti adik. Banyak lagi yang perlu ibu perbaiki.. Alhamdulillah, Allah ada untuk semua..


Kullu nafsin dzaa iqatul maut…. -Setiap yang bernyawa akan merasakan mati….-” (QS. Ali Imran [3]: 185)

Saturday, January 14, 2012

14 Januari 2012 "Selamat Hari Lahir Sayang"


Adik 7 tahun
Sayang anak....

Ibu sangat mengambil masa untuk entri kali ini. Setahun 11 hari sayang tinggalkan kami dan ia merupakan satu tempoh yang amat mengujikan.. Adik, tarikh ini kali ini ibu lebih kuat berbanding tahun lepas.. saat hari lahir adik tiba selepas 11 hari adik bertemu Ilahi.. Ibu sangat mengingati detik kelahiran sayang.. walau tidak dicatatkan dimana2 tapi kemanisan dan kenangan itu tetap terpahat kemas diingatan ibu..

Sayang, memiliki kamu anugerah paling berharga dalam hidup ibu. Andai dibenarkan untuk ditukarkan semua yang ibu ada untuk terus memiliki kamu, ibu pasti melakukannya. Tapi, semua itukan bagaikan ibu tidak redha dan menolak qada' dan qadar yang ditentukanNya. Andai panjang usiamu sayang, pasti setinggi ibu dan langsing sayang.. hihi, teringat kata-kata adik ' adik nak tinggi mcm ibu tapi nak kuruss je..' Fahamlah ibu sayang mengusik ibu..



Adik 2 bulan
Takdir Allah siapa yang mampu menekanya sayang.. Kuasa Allah siapa yang dapat menidakkan. Hancur luluh hati ibu sayang.. berkecai sejuta kepingan.. seakan terhenti degup jantung ini bila sayang diuji Allah dengan sakit yang bukan kepalang. Maafkan ibu sayang, andai culas menjaga kamu, andai kurang kasih ibu padamu, andai tidak lengkap hidup kamu dengan ibu.. Kasih ibu seluas lautan, sayang ibu tidak terungkap dengan perkataan..



Terima kasih sayang sebab hadir dalam diri ibu, terima kasih mengajar ibu erti pengorbanan, kesabaran, ketabahan, kekuatan, kegembiraan. Ibu masih ingat sayang :


Adik 5 tahun
  • Adik main, ibu mengawasi sepenuhnya
  • Pukul 6, adik kena adik kat rumah dah
  • Pergi ke mana, handphone adik mesti bawak sbb senang ibu nak cari
  • Keluar ke mana pun, ibu akan pimpin tgn adik walau adik kata ' adik dh besarlah ibu' hihi
  • Bgn tidur, ibu dokong adik pergi mandi.. walau sampai ddrjah 2 pun..
  • Makan, ibu selalu suap adikkan.. dan adik pun suka.. ibu tau
  • Basikal adik umur  hmpr 7 thn br bukak roda sokongan sbb, ibu takut adik jatuh
  • Ibu tak bagi adik pgg pisau, api, tapi bila balik kg, adik selalu dpt main api dgn iman kan.. huhu
  • Banyak sgt benda yang ibu kontrol smpi jiran semua tau, ibu takkan lepaskan adik bebas sorang2..
  • Adik selalu cakap.. ' ibu, adik dah besarlah.. ibu jgn risau sgt'...;
  • Dan ibu akan jawab.. 'Adik, adik jelah ibu ada.. adiklah nyawa.. sebab tu ibu jaga adik tau'.. ends up
  • We'll hugs each other dan main, gaduh, makan, mandi, tido same2...

1st day tadika..

Ibu lupa sayang, kamu pinjaman Allah pada kami. Maafkan ibu sayang.. Ibu rasa kamu milik ibu.. sampaikan ibu rasa tak mampu meneruskan kehidupan ini tanpa kamu. Ibu ingat pesan adik seminggu
sebelum adik tinggalkan kami :




Raya 2007



  • Ibu kena kuat semangat, jangan sedih2 selalu.
  • Adik pesan ibu jangan nangis banyak.. 
  • Adik sayangkan semua, sayang ibu sebanyak bumi sayang sayang sebanyak langit :)
  • ....................................................................................................
  • ............................................................ (ibu tak mampu dah adik)
  




 Ibu sayang adik, selamat hari lahir, Ibu tahu adik bahagia disana.. Semoga kita akan bertemu nanti.. Sayang adik.. seluas lautan, sayang.. sayang.. rindu... Al-Fatihah untuk adik.. anak ibu
                                       
Amin...



         IRDINA AQILAH BINTI ZULKIFLI (KEBANGGAAN KAMI YANG  BERAKAL)
Tarikh Lahir : 14 Januari 2000
Meninggal Dunia : 3 Januari 2011


3 Januari 2012