Sunday, February 12, 2012

TEGURAN ITU NASIHAT

Melayari blog fluffymiz.blogspot.com , mohon maaf, sebab terpikat dengan nasihat ini, jadi saya copy paste. Harap dihalalkan..

 TEGURAN ITU NASIHAT 

 Buat yang menegur, tidak salah menutur bicara, 
untuk membetulkan apa yang tak kena,
 tapi jangan pernah kau lupa,
 yang ditegur itu juga manusia, 
punya perasaan punya rasa,
 berhemahlah dan lembutlah dalam menyusun kata, 
agar apa yang dikata mudah diterima, 
juga supaya tiada yang terasa,
 lalu menjeruk rasa bermasam muka, 
mungkin juga hingga menitis airmata,
 kerana pedih dan bisanya kata-kata yang menusuk jiwa.
 Buat yang ditegur, memang tak mudah nak berlapang dada, 
bila ada yang memberi teguran secara tiba-tiba,
 terasa sesak di jiwa, terasa ego menyala-nyala, 
terasa goyah dari zon selesa, terasa bergoyang iman di dada, 
tapi jangan pernah kau lupa, yang kau juga manusia biasa, 
yang tak mungkin bebas dari berbuat dosa, 
jadi harusnya kau gembira,
 bila ada yang berani menegur kau didunia, 
kerna peluang seperti itu tiada di akhirat sana, 
jadi bukalah minda seluas-luasnya,
 ukirlah senyuman dimuka, 
bila ade secicip teguran yang menerpa, 
kerna itu juga menjadi tanda, 
diri kau masih ada yang cinta, 
dan jalan untuk kau sudah dibuka, 
untuk menyusur jalan yang lurus kepada-Nya. Biiznillah.Allahu a’lam.


 [dakwat.org] 

 "serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik . . . . . . . " [an-nahl:125]

Friday, February 10, 2012

Allah itu MAHA Adil Sahabat..

Assalamualaikum..


Hari ni, dah 6 hari bertugas di tempat baharu, boss baharu, kenalan baharu, surrounding baharu dan KERJA pastinya sgt baharu.. Teruja dan teruji.. Diberikan aku kolam renang sedalam 10 kaki.. kuaklah bagaimana pun caranya, lentanglah selebar yg boleh.. yg pasti, cukup 90 hari.. hasilnya kena marvellous..cuma, jangan lemas pula hihi. Tercabar? Ia memang mencabar namun mesti disahut dan dibuktikan yg akak pun boleh..


My Comel Sayang..
Adik.. tak lengkap rasanya andai nukilan ibu tidak melibatkan adik.. Pasti adik suka tempat ibu sekarang sbb byk tempat shopping.. Kitakan suka shopping.. hihi. Sayu adik, hari pertama melangkah dgn tanggungjwb baharu, ibu membawa semangat adik, ibu melangkah dengan membawa senyuman dan doa adik dihati ibu. Ibu ingin berkongsi rasa ini dangan adik dan ibu harap adik mendengarnya sayang. Maafkan ibu adik, ibu masih belum sempat menyusun wajahmu di bilik ibu.. Ibu bawa, namun tiada ruang yg sesuai untuk adik.. Ibu simpan gambar adik dalam laci ibu, dalam pc ibu dan yg plg dekat, dimata dan hati ibu.. cukupkan sayang.. Kisah adik tidak ibu khabarkan pada sesiapa namun bila ada yg bertanya, ibu jawab juga.. adatla adik, org pasti tanya berapa anak kita ada bila tau kita dh kahwin kan.. jadi..


Si A : Puan anak berapa orang?
Ibu : Anak sorang
Si A : Ooo, berapa tahun dah?
Ibu : 11 tahun patutnya.. [Sambil tersenyum manis :)]
Si A : Sekolah mane? Balik sekolah dia duduk dgn saper?
Ibu : Dah tak sekolah dah dan saya rasa sgt ok sbb anak saya Allah yg jage [ senyum juge]
Si A : Aaaa? Kenape puan? Tak pahamlah..
Ibu : Ohhh, anak saya sepatutnya 11 tahun thn ni tapi Allah sayangkan dia.. Dia dh meninggal dunia tahun lepas.. [alhamdulillah, ibu masih senyum]
Si A : ..... puan.. saya mintak maaf...
Ibu : Takpe, org tanye, saya jawab sbb menipu kalau saya kate anak saya ade, sekolah kat maner..duduk dgn saper kan.. hihi, jd saya bgtau jelah yg sebenarnya.. 
Si A : Saya tengok puan happy je.. gembira tapi saya tak sangka...... kuatnya puan..~~~


Adik.. bukan ibu yang kuat tapi Allah tu yg MAHA adil kan.. Adik tau betapa rapuhnya ibu kan.. Tapi, berkat doa kita semua, Alhamdulillah.. ibu dapat lalui hari tanpa adik sesabar yg boleh.. Azimat adik, pesanan adik penguat ibu.. Ada kala ibu tewas, ibu luahkan sbb kalau ibu pendam, mudarat pada ibu. Ibu kena kuat untuk ayah, dan sebenarnya ayah penguat ibu.. Rasa kasih sayang selautan pada adik tertumpah pada ayah.. biar ibu tahu hatinya juga parah merindui adik, tapi ditahankan untuk ibu.. Ah, adik.. kekuatan dan ketabahan adik amat meninggalkan kesan pada kami sayang..


Hihi, bangun tidur..
Jadi sahabat, bukan saya yang kuat, tapi Allah tu MAHA adil.. Diambil disini, diberi disana.. dikurang disini ditambah di sana.. Siapa tidak rindukan anaknya, siapa tak perlukan pelukan mesra anaknya, tapi Allah datangkan rasa syukur dalam hati ibu.. syukur sebab ibu sempat menjagamu sayang, disampingmu saat nafas adik terhenti, sempat memandikanmu, mengapankanmu, menyembahyangkanmu,  hingga menghantar kamu ke liang lahat dan melihat wajah kamu untuk terakhir kalinya sebelum ditutup tanah yang sememangnya asalnya kejadian kita.. Tipu andai ibu tak berhati walang, tipu andai ibu tak terbayang2, tipu jika ibu tak terasa hilang.. Dalam rawan, Allah datangkan aman, dalam gundah Allah berikan sabar, dalam sedih Allah hadirkan insaf.. Nikmat Allah mana lagi yang dapat ibu nafikan adik? 


Jadi sahabat, jangan rasa bersalah andai kalian rasa tersilap tanya, sebab saya tidak apa-apa sebab saya tahu, Allah ada untuk semua cuma kita yang selalu lupakanNya sedangkan Dia tidak pernah lupa kita, hambaNya walau sedetik cuma.. Mudah2an kita dapat berkumpul di'sana' nanti adik. Banyak lagi yang perlu ibu perbaiki.. Alhamdulillah, Allah ada untuk semua..


Kullu nafsin dzaa iqatul maut…. -Setiap yang bernyawa akan merasakan mati….-” (QS. Ali Imran [3]: 185)

Saturday, January 14, 2012

14 Januari 2012 "Selamat Hari Lahir Sayang"


Adik 7 tahun
Sayang anak....

Ibu sangat mengambil masa untuk entri kali ini. Setahun 11 hari sayang tinggalkan kami dan ia merupakan satu tempoh yang amat mengujikan.. Adik, tarikh ini kali ini ibu lebih kuat berbanding tahun lepas.. saat hari lahir adik tiba selepas 11 hari adik bertemu Ilahi.. Ibu sangat mengingati detik kelahiran sayang.. walau tidak dicatatkan dimana2 tapi kemanisan dan kenangan itu tetap terpahat kemas diingatan ibu..

Sayang, memiliki kamu anugerah paling berharga dalam hidup ibu. Andai dibenarkan untuk ditukarkan semua yang ibu ada untuk terus memiliki kamu, ibu pasti melakukannya. Tapi, semua itukan bagaikan ibu tidak redha dan menolak qada' dan qadar yang ditentukanNya. Andai panjang usiamu sayang, pasti setinggi ibu dan langsing sayang.. hihi, teringat kata-kata adik ' adik nak tinggi mcm ibu tapi nak kuruss je..' Fahamlah ibu sayang mengusik ibu..



Adik 2 bulan
Takdir Allah siapa yang mampu menekanya sayang.. Kuasa Allah siapa yang dapat menidakkan. Hancur luluh hati ibu sayang.. berkecai sejuta kepingan.. seakan terhenti degup jantung ini bila sayang diuji Allah dengan sakit yang bukan kepalang. Maafkan ibu sayang, andai culas menjaga kamu, andai kurang kasih ibu padamu, andai tidak lengkap hidup kamu dengan ibu.. Kasih ibu seluas lautan, sayang ibu tidak terungkap dengan perkataan..



Terima kasih sayang sebab hadir dalam diri ibu, terima kasih mengajar ibu erti pengorbanan, kesabaran, ketabahan, kekuatan, kegembiraan. Ibu masih ingat sayang :


Adik 5 tahun
  • Adik main, ibu mengawasi sepenuhnya
  • Pukul 6, adik kena adik kat rumah dah
  • Pergi ke mana, handphone adik mesti bawak sbb senang ibu nak cari
  • Keluar ke mana pun, ibu akan pimpin tgn adik walau adik kata ' adik dh besarlah ibu' hihi
  • Bgn tidur, ibu dokong adik pergi mandi.. walau sampai ddrjah 2 pun..
  • Makan, ibu selalu suap adikkan.. dan adik pun suka.. ibu tau
  • Basikal adik umur  hmpr 7 thn br bukak roda sokongan sbb, ibu takut adik jatuh
  • Ibu tak bagi adik pgg pisau, api, tapi bila balik kg, adik selalu dpt main api dgn iman kan.. huhu
  • Banyak sgt benda yang ibu kontrol smpi jiran semua tau, ibu takkan lepaskan adik bebas sorang2..
  • Adik selalu cakap.. ' ibu, adik dah besarlah.. ibu jgn risau sgt'...;
  • Dan ibu akan jawab.. 'Adik, adik jelah ibu ada.. adiklah nyawa.. sebab tu ibu jaga adik tau'.. ends up
  • We'll hugs each other dan main, gaduh, makan, mandi, tido same2...

1st day tadika..

Ibu lupa sayang, kamu pinjaman Allah pada kami. Maafkan ibu sayang.. Ibu rasa kamu milik ibu.. sampaikan ibu rasa tak mampu meneruskan kehidupan ini tanpa kamu. Ibu ingat pesan adik seminggu
sebelum adik tinggalkan kami :




Raya 2007



  • Ibu kena kuat semangat, jangan sedih2 selalu.
  • Adik pesan ibu jangan nangis banyak.. 
  • Adik sayangkan semua, sayang ibu sebanyak bumi sayang sayang sebanyak langit :)
  • ....................................................................................................
  • ............................................................ (ibu tak mampu dah adik)
  




 Ibu sayang adik, selamat hari lahir, Ibu tahu adik bahagia disana.. Semoga kita akan bertemu nanti.. Sayang adik.. seluas lautan, sayang.. sayang.. rindu... Al-Fatihah untuk adik.. anak ibu
                                       
Amin...



         IRDINA AQILAH BINTI ZULKIFLI (KEBANGGAAN KAMI YANG  BERAKAL)
Tarikh Lahir : 14 Januari 2000
Meninggal Dunia : 3 Januari 2011


3 Januari 2012

Friday, August 26, 2011

SYAWAL KALI INI..

Aidilfitri 1431H, 2010
Ramadhan hampir ke penghujungnya. Tibanya tempohari kusambut dengan gembira dan airmata. Namun berkat kerahmatanMu ya Allah, dapat kulalui dengan tenang mudah2an hingga ke hujungnya. Detik syawal kian dirasa. Sana sini terasa meriahnya. Kalau dulu sayang, detik ini pasti kita sibuk menyiapkan segalanya. Namun kini, hambar, tiada serinya syawal kali ini sayang.



With ana, irzani, afiq.. her best buddies.. (2007)
Manja ibu, makin hari ibu makin merindui kamu. Rasa ini banyak memberi pengertian dan pengajaran pada ibu. Rasa ini juga mendorong untuk memperbaiki semuanya. Sayang, kelmarin ibu dan ayah menjejak semula kenangan kita di  kala syawal menjelang. Kami susuri Jalan Tar, kami lewati Jalan Kuching dan akhirnya kami sedar rasa ini begitu menusuk didalam hati. Ibu soroti langkah ayah, ibu turuti gerak kakinya dan ternyata langkahnya bagaikan tiada bertujuan. Ibu sedar, ayah juga memendam rasa ini didalam jiwanya.Ibu kena kuat untuk ayah dan ibu juga tahu, ayah menahan kesedihan hatinya untuk ibu. Alhamdulillah, mcm yang ibu katakan dulu, kami baik2 saje disini sayang. Andai kerinduan itu datang, kami tewas juga tapi Allah tu Maha Kaya, Maha Mengasihani.. Sayang anak ibu, ada peristiwa berlaku beberapa hari lalu. Dalam leka ibu menjadi makmum solat terawih, ibu merasakan bagaikan kamu berada di samping ibu. Usainya salam, ibu menoleh ke kiri ibu. Kencang debaran hati ibu, bercucuran air mata. Adik tau kenapa, rupanya sahabat adik, setinggi adik, seakan sama warna telekungnya dgn adik, duduk rapat dan melentukkkan manja badannya pada ibu. Ya Allah, anak ini menjentik sayu dihati ibu sayang, hinggakan mak adik terkejut melihat ibu. Akal waras ibu menyedrkan ibu dan mengingatkan kenangan solat ibu bersama kamu sayang.


Aidilfitri 1429H/2007M
Sayang anak ibu, teringat pertanyaan sahabat ibu " kau jumpa sapa dulu pagi raya ni?". Ibu kata, ibu ziarah anak ibu dulu, ibu nak bagi hadiah banyak2 kat adik dulu, lepas tu, baru ibu teruskan dengan yang lain2. Tak salahkan ibu jwb macam tu sbb sahabat ibu mcm tersentap dgn ibu. Hmmm.. Sayang, pasti meriah syawal ini andai ada kamukan.. Ibu redha sayang, ibu redha. Kamu anak yang sangat baik dan kamu memang layak mendapat yang terbaik disisiNya.. Maafkan ibu andai selalu menyebut namamu, andai selalu merindumu.. Maafkan ibu, sbb ibu masih belum biasa.. Syawal ini, ibu kena jadi lagii kuat, kena jadi leebiih tabah sbb pasti ramai lagi yang bertanya, pasti ramai lagi yang mengalirkan airmata.. Ibu tau, ibu boleh sebab ibu yang lahirkan adik, dan semangat adik ada dalam ibu.


Salam sayang adik, salam ramadhan, salam syawal.. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar