Sunday, October 24, 2010

La Tahzan..Hidup Perlu Diteruskan.. Part 2

 
Cont dari LT..HPD 1, fuh.. macam sinetron indon pulak rasanya.. ha..haa. Tujuan aku berblog ini sebenarnya bkn ape, aku nk cr medium lain utk ringan2kan hati, lapangkan minda. Tak kisahlah ade ke tak org sudi nk baca, at least aku a bit release.. Aku suka berckp tp lately ni aku mcm celaru sket.. Rasa goyang semacam jer.. hu

Hem, tanda Allah sayang hambanya adalah dgn mengujinya. Mungkin ujian dtg sebagai tanda sayang or peringatan dan ia dtg dlm berbagai bentuk. Aku bukan hambaNya yang amat baik dan aku sedar ingatan dan ujian ini mendekatkan aku padaNya dan mengingatkan agar aku sentiasa 'dekat' padaNya. Sahabat berkata" sabar sal, Allah rindukan rintihan kau, mungkin Allah nak tingkatkan darjat ko jd bersabarlah dan ingatlah Allah sentiasa ada utk hambaNya". TQ sahabat, kdgkala bila perasaan mengatasi kewarasan, otak tak mampu memainkan peranan. Mesti korang tertanya2, hebatke ujian Allah pada aku skrg?

Korang nk tau (suka2 je aku nak bgtau kan hi hi), Allah kurniakan aku sorang princess yg amat sihat, gebu, montel dsb pd 14.01.01 seberat 3.6 kg. Berbunga2 cinta hati aku bila dianugerahkan permata hati yg memang dinantikan. Hidup aku makin berwarna dgn hadirnya Irdina Aqilah yg amat keletah dan bijak. Tup tap tup tap, 9 thn dh umurnya. Dr kecik smpi ke besar, dr bertatih smpi berskate board, dr x tau baca smpi dh pandai mengarang surat cinta (ha..ha, ibu tau apa kamu buat) rupanya Allah masih belum beri dia rezeki utk memiliki adik.. Sian anak ibu, sorang2 je kata dia.. hu hu..

Aqilah anak yang lasak, gegirl yang aktif dan mencabar kesabaran juga. Huh, semput tgk aksinya. Tp, xleh nak salahkan dia, bpknya bomba pastu masa aku ngandungkan dia aku siap ber BTN lagi.. siap panjat2, hiking2, abseiling2, lompat sana sini.. ha..ha, manalah aku tau aku ngandung masa tu.. Sementelahan pula (huh! ayat), 'adik-beradik seasuhan' dia semua lelaki jadilah anak aku lasak2 tp maintain ayu gitu.. Hidup aku betul2 berwarna dgn anugerah Allah ni. Dialah komplot aku masa shoping, pengikut setia ke opis ujung mg, teman bergaduh, menangis, bergosip bersama, berangan2 menjadi kaya, jelita dan ternama sama2 (ha..ha, kelaka time tu). Memang kecoh bila aku dan dia bersama. Bila ketawa2, giler2 py ketawa, bersembang mcm mak limah, bila bergaduh beria2 juga.. ha..ha, kejap je rajuknya. Shes more like me.. her style, so kepochi .. mmg copycat thats why cepat panas.. tp, cepat jugak sejuknya. Aqilah selalu tanya," Ibu sayang kila banyak mana?" Aku cakap," x terkira". Dia cakap ," kila sayang ibuayah mcm lautan, mcm langit, mcm tanah... besarr punya sayang".. hu hu, ibu pun sangat sayangkan kamu adik.. kamulah nyawa ibu.. penyeri keluarga, pengubat lara. 
 
Takdir Allah tiada siapa dapat menduga sahabat.. Aqilah yang cergas dan cerdas, aqilah jantung hati aku, separuh dr aku dipilih olehNya untuk menduga keimanan, kesabaran kami disamping tanda sayangNya sebagai peringatan atas kealpaan kami. Sedih, marah, tk percaya dan 1001 perasaan ada dihati masa tu. Ya Allah, besarnya ujian Kau pada ku..
 

Monday, October 18, 2010

Thank You Allah Versi Melayu- www.iluvislam.com

Setiap kali diriku merasa seperti tidak mampu meneruskan hidup lagi...

Terasa sangat kehilangan entah apa...
Menyatakan bahwa diri ku begitu sendirian
Semua ku lihat kelam-malam

Dan kegelapan menyelubungi di seluruh jiwa ku
Adakala nya diriku merasa begitu tak berdaya
Hilang daya ku melihat jalan mana yang harus ku pilih

Namun ku cekal kan hati ku..
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil..
Namun tidak pernah aku kehilangan harapan

Kerna ku yakin Allah selalu di sampingkuInsya Allah akan dapat ku mencari jalan cahaya..
Setiap kali diri ku melakukan satu kesalahan lagi
Terasa bagaikan pintu taubat tertutup bagi ku
Dan bahawa telah lambat untuk ku mencari jalan taubat
Adakala nya diriku menjadi bingung
Keputusan yang salah yang ku pilih
Keputusan sebegini menghantui fikiran
Dan hati ku penuh dengan rasa malu

Namun ku cekal kan hati ku..
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil.. Namun tidak pernah aku kehilangan harapan

Kerna ku yakin Allah selalu di sampingku. - www.iluvislam.com


Maher Zain, Thank You Allah




p/s : Aku sedar, kecikknya aku di bumi Allah ni. Selalu terleka bila teruja, bersedih hiba semasa berduka dan kadangkala berasa megah tak kena masa. Nikmat Allah mana yang dapat aku nafikan? Thank You Allah..




--------------------------------------------------------------------------------

Thursday, October 14, 2010

Sayang.. makanlah sayang

Aku risau sungguh. My princess tak nak makan. Rasanya dah dekat 4 hari dah. Seleranya jatuh merudum, berat badannya juga nampak berkurangan. Ya Allah, permudahkanlah urusan anakku.

La Tahzan..Hidup Perlu Diteruskan.. Part 1

Hidup ni macam 1 mimpi? Hem.. biasalah. Kalau benda tu best, mesti nak ia kenyataan tapi kalau pahit maung, mesti berharap ianya mimpi.. Huh, mimpilah ko.. Banyak benda yang aku impikan, sampai termimpi2, ada yang masih menjadi impian, ada gak yang dah kesampaian. Kebelakangan ni aku asyik mimpi yang bukan2. Mungkin ia satu peringatan, satu panduan dan mungkin ia satu usikan. Ha.. tulah, tidor x basuh kaki? He..he.. macam2.

Aku ada ckp kt entry lepas, hidup aku amat mengujikan sekarang. Rutin hidup aku jadi tak ketentuan. Byk perubahan yang menuntut sejuta kekuatan, ketabahan, kesabaran dan ia amat menguji benteng keimanan. Hampir 33 thn aku menumpang hidup di dunia Allah ni, rutin hidup aku hampir sama jr dgn org lain. Dilahirkan, dibesarkan, disekolahkan, dimakanminumkan, dipukulrotankan (utk pengajaran), diuniversitikan, pastu eh dijatuhcintakan, dikahwinkan, dikerjakan diberi pekerjaan, diibukan (dpt anaklah).. Semuanya teratur cantik. Psg surut kehidupan tu biasalah. Family aku (En. Suami + Pn. Istri + 1 Puteri = 3 org)amat mengujakan. Suami yg cool, aku yang kecoh dan anak yang amat membanggakan. Dlm melalui kehidupan yg serba dicaturkan, rupanya Dia ada percaturan hebat utk aku + family. Allahuakbar.. aku bingung masa tu.. Air mata? Jgn dikira, itulah peneman setia.. hemmm

Monday, October 11, 2010

Raie Mu Koyok Coro Keton (Muka Kau Macam Lipas)..

Lipas yang nakal
Aku memang dah lama dendam dgn ko kipas lipas, jadi ari ni aku menjadi pemburu lipas yang tegar. Hasilnya? ha..ha, aku berjaya membakar (ish, sadis bunyinya), menghapuskan sekeluarga lipas yang melukut ditepi rumahku ini..  Aku ada nostalgia dgn lipas ni.. Oh bapakku, ku pohon ampun kerana ia melibatkan dirimu..

Sekadar tumpang menghias
Masa zmn kekecik sunti dulu, aku igt lagi, bapak aku kalau marah anak2nya dia mesti cakap "raie mu koyok coro keton" ( muka ko macam lipas). Ha..ha, masa tu aku x amik pusing pun sbb aku ni agak 'ketegaq' sket banding abangkakak aku. Mgkn sbb aku yg bungsu.. hi hi. Skang ni bila aku pikir balik, apa motip bapak aku ckp mcm tu? Bila aku cerita dgn princess aku, dia gelak giler2 py. Pak, pak.. apalah salah coro tu.. Igt lagi, raya ari tu aku ty bpk aku, knp dulu bila mrh ckp mcm tu, dgn senyum malu2, bpk aku yg encem tu ckp.. "mbohla, bapak pun ora kelengan nopo bapak ngomong koyok ngono" (entahla, bpk pun x ingat ngape ckp mcm tu).. ha..ha, i love my bapak very much.. hu hu.. lagi sadis, aku ada abg ipar dgn nickname 'coro'..

Esok, misi mengintip dan menjejak akan diteruskan lagi.. sasaran kali ni.. NYAMUK.. knpla ko makin berkampung kt kawasan kediaman aku skrg.. grrrr. Sedialah ko esok

Oh, ada rupanya..


Entahlah, hidup aku amat 'mengujikan' sekarang ni. Tgklah, hampir setaun br aku dpr update blog ni. Ada lagi rupanya blog ni.. hi hi, aku pun dah lupa kewujudannya. 2010 pada aku tahun yang amat aku nanti sebenarnya. Byk benda aku rancang taun ni tp kuasa Allah siapa yg dpt menidakkan. Dlm pada aku merancang sesuatu rupanya Dia dah ada rancangan utk aku.


Mcm pelikkan, knp aku bercerita psal 2010 mcm ni baru new year walhal dah hmpr end of it pun.. Em, nantila aku update lg..