Adik 7 tahun |
Ibu sangat mengambil masa untuk entri kali ini. Setahun 11 hari sayang tinggalkan kami dan ia merupakan satu tempoh yang amat mengujikan.. Adik, tarikh ini kali ini ibu lebih kuat berbanding tahun lepas.. saat hari lahir adik tiba selepas 11 hari adik bertemu Ilahi.. Ibu sangat mengingati detik kelahiran sayang.. walau tidak dicatatkan dimana2 tapi kemanisan dan kenangan itu tetap terpahat kemas diingatan ibu..
Sayang, memiliki kamu anugerah paling berharga dalam hidup ibu. Andai dibenarkan untuk ditukarkan semua yang ibu ada untuk terus memiliki kamu, ibu pasti melakukannya. Tapi, semua itukan bagaikan ibu tidak redha dan menolak qada' dan qadar yang ditentukanNya. Andai panjang usiamu sayang, pasti setinggi ibu dan langsing sayang.. hihi, teringat kata-kata adik ' adik nak tinggi mcm ibu tapi nak kuruss je..' Fahamlah ibu sayang mengusik ibu..
Adik 2 bulan |
Terima kasih sayang sebab hadir dalam diri ibu, terima kasih mengajar ibu erti pengorbanan, kesabaran, ketabahan, kekuatan, kegembiraan. Ibu masih ingat sayang :
Adik 5 tahun |
- Adik main, ibu mengawasi sepenuhnya
- Pukul 6, adik kena adik kat rumah dah
- Pergi ke mana, handphone adik mesti bawak sbb senang ibu nak cari
- Keluar ke mana pun, ibu akan pimpin tgn adik walau adik kata ' adik dh besarlah ibu' hihi
- Bgn tidur, ibu dokong adik pergi mandi.. walau sampai ddrjah 2 pun..
- Makan, ibu selalu suap adikkan.. dan adik pun suka.. ibu tau
- Basikal adik umur hmpr 7 thn br bukak roda sokongan sbb, ibu takut adik jatuh
- Ibu tak bagi adik pgg pisau, api, tapi bila balik kg, adik selalu dpt main api dgn iman kan.. huhu
- Banyak sgt benda yang ibu kontrol smpi jiran semua tau, ibu takkan lepaskan adik bebas sorang2..
- Adik selalu cakap.. ' ibu, adik dah besarlah.. ibu jgn risau sgt'...;
- Dan ibu akan jawab.. 'Adik, adik jelah ibu ada.. adiklah nyawa.. sebab tu ibu jaga adik tau'.. ends up
- We'll hugs each other dan main, gaduh, makan, mandi, tido same2...
1st day tadika.. |
Ibu lupa sayang, kamu pinjaman Allah pada kami. Maafkan ibu sayang.. Ibu rasa kamu milik ibu.. sampaikan ibu rasa tak mampu meneruskan kehidupan ini tanpa kamu. Ibu ingat pesan adik seminggu
sebelum adik tinggalkan kami :
- Ibu kena kuat semangat, jangan sedih2 selalu.
- Adik pesan ibu jangan nangis banyak..
- Adik sayangkan semua, sayang ibu sebanyak bumi sayang sayang sebanyak langit :)
- ....................................................................................................
- ............................................................ (ibu tak mampu dah adik)
Amin...
IRDINA AQILAH BINTI ZULKIFLI (KEBANGGAAN KAMI YANG BERAKAL)
Tarikh Lahir : 14 Januari 2000
Meninggal Dunia : 3 Januari 2011
3 Januari 2012 |